Saturday, March 17, 2012

BENARKAH RASULULLAH PUN TERKENA SIHIR?


Rasulullah s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan 'ya'tsimuka' (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda.
Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.
Merujuk kepada dakwaan Nabi disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A'ishah r.anha: "Kata A'ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A'sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A'ishah, "Wahai A'ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, "ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, 'apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A'sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A'ishah, "Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang dikenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.
Nabi s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi.
Nabi Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A'ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.
Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.
Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan 'kamu telah kena sihir?' Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, 'kamu telah kena buatan orang.' Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, 'kamu telah disihir fulan bin si fulan.'
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi.
Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.
Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.      (Petikan Daripada OneUmmah.net)

Monday, February 20, 2012

JIN MENUMPANG?

Bismillahirrahmanirrahiiim...

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana baru berkesempatan menulis dalam blog ini semula. Di sini kami mahu kongsikan kisah seorang hamba Allah yang telah kami rawati yang badannya telah menjadi tumpangan jin selama 8 tahun. Bila kami membacakan ayat-ayat ruqyah, lelaki ini pun kerasukan dan melawan serta menolak sahabat kami. Kami dengan bantuan ahli keluarga lelaki berkenaan terus menahan dan menjatuhkan pemuda ini supaya beliau baring dan mudah untuk dikendalikan. 

Setelah itu, kami cuba berdialog dengan jin berkenaan namun jin berkenaan tidak mahu bercakap dengan menggelengkan kepala. Dengan beberapa kali permintaan dan dengan kedegilan jin itu, kami telah menggunakan beberapa teknik untuk menyeksa jin berkenaan dan akhirnya jin itupun mengalah dan mahu bercakap. Antara dialog kami dengan jin berkenaan;

Perawat : Siapa nama kamu?
Jin : Uguk
Perawat : Berapa umur kamu?
Jin : 100 tahun
Perawat : Berapa lama dah di dalam badan pemuda ini?
Jin : 8 tahun
Perawat : Kenapa MENUMPANG di badan pemuda ini?
Jin : Tiada tempat tinggal

Di akhir perbualan berkenaan, kami telah mengIslamkan jin berkenaan dan menghantarnya ke Mekah. Kami juga telah memberi nama kepada jin berkenaan. Alhamdulillah pemuda berkenaan sedar dan diberikan tarbiyah supaya jangan mengabaikan solat dan zikir. Perbanyakkan solat sunat seperti solat taubat, tahajjud, hajat dan witir.

Thursday, January 26, 2012

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN JIN, SAKA & SIHIR

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Petanda-Petandanya Adalah :-

Sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.

Badan terasa berat dan malas.

rasa berdebar debar apabila waktu senja

Badan terasa bisa-bisa/gatal.

Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

Sukar tidur malam.

Sakit pinggang tanpa sebab.

Sakit dada bila waktu asar keatas.
 
Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

Bermimpi di tempat yang kotor.

Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.

Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

Bayi kerap menangis.

Bunyi guli jatuh diatas syiling.

Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.

Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.

Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.

Kerap mendengar sesuatu bisikan.

Panas baran.

Sikap berubah secara mendadak.

Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

Suka melakukan tabiat buruk.

Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

Melihat jin secara terus.

Gagal melakukan hubungan kelamin.

Mengantuk bila dengar al-quran.

Bermimpi seram yang menakutkan.

Darah haid tidak teratur.

Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

Selalu ditindih ketika tidur.

Kuat berangan.

Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

Nafsu seksual yang melampau.

Selalu melihat kelibat dirumah.

Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.

Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.

SEBAGAI ILMU PENGETAHUAN BERGUNA

Monday, January 23, 2012

SIHIR

Sihir ialah persetujuan antara tukang sihir dan syaitan dimana tukang sihir akan melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau beberapa perbuatan syirik sebagai upahan bantuan dan ketaatan syaitan kepadanya. Semakin hebat kesyirikan dilakukan tukang sihir, semakin taatlah syaitan menurut permintaan tukang sihir.

Baru-baru ini kami menjalankan rawatan kepada seorang hamba Allah yang mengadu kesakitan di dada. Beliau mengadu seperti ada benda yang bergerak di dalam badannya terutama di bahagian dada dan tangan. Setelah itu, kami memulakan rawatan kepada beliau dan mendapati benda yang bergerak itu adalah ular yang dihantar melalui sihir. Alhamdulillah dengan izin Allah, ular berkenaan dapat dikeluarkan.

Kepada anda yang menghadapi masalah serupa atau seumpama dengannya, pertama sekali hendaklah memohon pada Allah petunjuk dengan solat dan zikir. Dan selepas itu barulah berjumpa dengan Ustaz-Ustaz atau pengamal perubatan Islam untuk pemeriksaan. InsyaAllah dengan Doa, Zikir dan usaha, masalah anda mudah diatasi.

"Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya)
Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
 melainkan kerugian jua .... "
(al-Israa' : 82)

Sunday, January 22, 2012

MENJAROH SATU PERJUANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya serta memberi kekuatan kepada hambanya serta rezeki yang melimpah ruah tanpa henti. Lahirnya MENJAROH adalah kerana PERJUANGAN. Kami sebelum ini bergerak aktif sepanjang beberapa tahun ini dalam pengamalan perubatan Islam. MENJAROH adalah perkataan singkatan daripada perkataan berikut iaitu MENtal, JAsad dan ROH di mana ketiga-tiga perkataan ini menunjukkan PERJUANGAN kami yang insyaAllah dapat membantu merawat masalah Mental, Jasad dan Roh berasaskan Al-Quran, As-Sunnah dan Produk Herba yang Halal dan Thoyyibah.
Kepada para sahabat dan masyarakat sekalian yang memerlukan khidmat kami, insyaAllah kami akan membantu sedaya yang mungkin. Sila hubungi ahli kumpulan kami seperti di bawah ;
UST. ISMAIL (019-4383424), 
UST. FAIZAL ELAHI - 0128985486,
UST. SULAIMAN (013-8265942), atau
 ISMADI (016-8970799)